Sunday, May 4, 2008

Rukun Wuduk

Firman Allah swt: "Wahai Orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka dan tanganmu hingga ke sik dan sapulah kepalamu dan basuhlah kakimu hingga ke kedua buku lali." (Al-Maidah;6)

Niat dan tertib dithabitkan pada hadith qauli dan fi'li Rasulullah saw.

"Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat, dan bagi setiap seseorang itu kepada apa yang dia niatkan"

Nabi tiada pernah mengangkat wudhuk dengan meninggalkan tertib ini. Maka semua para ahli hadith bersepakat bahawa tertib adalah suatu yang wajib dengan bersandarkan pada hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat.

Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk:

1. semua yang keluar daripada salah satu dari 2 jalan samada kencing, darah, atau kentut.

2. tidur yang tidak tetap papan punggungnya (terdapat ruang atau rongga antara papan punggung dan lantai)

3. hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila

4. lelaki (suami) menyentuh wanita (isteri) yang halal dikahwininya

5. menyentuh kemaluan dengan tapak tangan dan perut-perut jari tanpa berlapik