Terima kasih kepada Dayah yang memberi peluang kepada akak untuk merasmikan webblog ini.(sebenarnya angan2 dayah utk letak post yang pertama tak dapat dijadikan kenyataan..terlalu sibuk dengan IAW adik2 ku itu~~)
Alhamdulillah bersyukur pada Yang Maha Esa kerana memberikan kemudahanNya kepada kami dalam menghasilkan blog nih. Harapnya semua juga diberikan keluangan masa dan keinginan untuk menulis bagi berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar sana apa-apa yang berguna. Yelah, masa yang ada terlalu sedikit, sedangkan banyak perkara yang perlu disampaikan. Untuk berjumpa selalu juga, kadang-kadang agak susah. Masa yang 7 hari seminggu terpaksa dibahagi-bahagikan supaya semuanya juga bisa mendapat manfaatnya.
Di kesempatan ini juga, saya ingin 'confess' bahawa saya amat sayang adik-adik usrah saya. Alhamdulillah Ya Allah atas rasa kasih sayang ini. Hendaknya rasa ini semakin berbunga dan berkembang mekar. Moganya ukhuwah ini membawa kepada kecintaan yang lebih lagi kepadaMU.
Akak mula mengenali adik-adik ini semasa mereka memula sampai di Cork..masa tuh masih hingusan lagi.Haha..Ingat lagi, jemput diorg di airport..semua cam seronok alias 'jakun' smpi di Cork.Masa tuh cuaca macam hujan2 sket. Bawa diorg ni pertama kali ke town..balik-balik pkl 6 trus masuk dewan utk meeting dengan Cikgu Anand. Nak gelak jugak laa tgk adik2 ni tersengguk2..mana tak nye..jetlag!! (Malaysia ketika itu 2pagi :D) Dinner pon amik pkl 10 malam..lepas semua meeting tamat (bayangkan 6pagi Malaysia..bersahur namanya tuh).
Sejak dari saat tuh, memang hubungan yang baik dah terjalin. Kenapa agaknya?Hmm..mmg ada jiwa kakak kot..so, senang nak melayan adik2. Kadang2 gagal menjadi kawan yang baik..sbb tak reti nak letak diri sbgi kawan.Kalo kakak, hehe..banyak pengalaman.
Jadi akak usrah buat 2 sesi memang satu yang mencabar juga..sebab nak pastikan adik2 nih tak bosan. Secara jujurnya, saya sendiri masih belajar utk menjadi naqibah yang efektif..sebelum ini menjadi naqibah kerana ustazah suruh bawak silibus sekian..sekian. Zaman kaburku~~ Maaf kan akak ye adik2 sekiranya gagal memenuhi kehendak adik-adik. Masih dalam proses belajar..
2 comments:
yeah!!! akak dah buat first post!!
xper, lpas ni dayah nak buat post.
lpas ni tu.... lpas... ari selasa~~ =P
owh me love wagamama! me love kak saadah too! theee..hehehe...
Post a Comment