Wednesday, April 9, 2008

Bagaimana Membina Ukhuwah?

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Masa zaman muda-muda dulu, sebelum memasuki alam KMB, saya bukanlah seorang yang sangat peramah dan mudah mesra dengan orang. Untuk nak menegur orang tidak dikenali jauh sekali. Lagi-lagi tak didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan saya berjumpa ngan ramai orang..Adik beradik dah ramai,jadi macam berkawan dan beraktiviti dengan adik-adik je la. Kalo dulu, pernah je duduk di sebelah seseorang yang tidak dikenali di dalam bus, dewan etc tanpa bercakap dan bertegur sapa. Kalau dari minit 1 sehinggalaa ke minit 10..dan akhirnya salah seorang angkat bontot,kekallah kami sebagai 2 orang yang asing.

Orang yang baca nih, mesti gelak sebab tak percaya (for those who knew me here in Cork :D )..tapi series, i'm not lying. Thanks God I've change although sikap tuh masih ada lagi sekarang. Tapi tak sekronik dulu laa.. Actually, saya tak sombong (fine, sometimes saya sombong..tapi selalunya sombong ngan guys..ngan girls payah sket)..masalah nih berlaku sebab saya malu dan rasa inferior. Orang mesti meraguinya lagi..Tapi that's the truth. hehe..

Sebelum datang Cork, I once make a promise not to involve in any organization or society..join but not as a committee member. Tapi janji tinggal janji. That's my fitrah i would say (exagerated!!hehe). Duduk dalam society, menjadi naqibah..bekerja untuk orang menjadikan saya dekat dengan masyarakat. Saya mudah nak memberi..nak menghulurkan pertolongan dan boleh usaha untuk meringankan beban orang. I know that all those thing boleh je nak dibuat kalo tak duduk dalam society, jalankan peranan sebagai individu. Sebab setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Tapi bekerja dalam satu organisasi memberikan saya lebih banyak pengalaman. Thanks Allah for giving me this opportunity.

Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi SAW sabdanya : “Ketahuilah! Setiap kamu adalah penggembala (pemimpin) dan setiap kamu akan ditanya tentang gembalaanmu (kepimpinanamu). Seorang Amir (Raja penguasa, pembesar atau pemimpin) yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepemimpinannya.

Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan di tanya tentang kepemimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta kekayaan majikannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah! Setiap kamu akan tanya tentang kepimpinannya.” (Sahih Muslim: No. 1796)


Berada dalam PPMC laa menjadikan saya seorang yang mesra atau mudah bergaul, mudah melontarkan pandangan dan mula berjinak dgn musyawarah. Kan itu bagus? Kena sentiasa bersedia, sentiasa senyum (walaupun kadang2 gagal :D), sentiasa berkorban dan sentiasa tetap pada prinsip. Kesabaran mudah teruji, tapi bila kita tahu kita diperhatikan (oleh Allah of course!), kita akan berhati-hati dengan tindak tanduk kita dan lebih rational. Moga Allah terus menetapkan hati saya untuk membuat kebaikan dan membina kekuatan untuk trs melangkah dalam arus dunia kini.

Syukur juga dengan perubahan peribadi ini membuatkan saya mempunyai circle of friends yang rmai. Paling istimewa siapa yer?hmm..tapi paling membuatkan saya ketawa selalu adalah adik-adik usrah saya. Ada je perkara kelakar yang mencuit hati..tgk ym Id je pon dah buat saya senyum. Angau ke saya?haha..

Melihat mereka bertambah matang dari hari pertama berada di Cork sehinggalah dah nak tiba waktu cuti summer tahun ke2..they have improved a lot. Semangat mereka menjadikan saya semakin bersemangat dan kagum.. Rajin buat kerja..buat perkara kebajikan.. dan tak mudah untuk menyerah kalah! That's my girl!!hehe

Sikap saya yang bagaikan seorang kakak or specifically mak, membuatkan kami senang ah nak masuk..tapi saya berharap hubungan kami semakin erat shggakan mereka boleh berkongsi rahsia dan masalah ngan saya. Ada part yang perlu diimprove lagi insyaallah. Saya kena berusaha lebih lagi.. Hubungan dengan Allah kena erat, Jadi Hubungan dengan Manusia akan menjadi mudah. Ya Allah, penuhi hatiku dengan kecintaan kepadaMu dan cintakan aku pada orang yang cinta padaMU.Amin..

Kesimpulannya, dalam membina ukhuwah..yang pertama sekali niat mestilah kerana Allah swt. Ikatan akidah menjadi tunjang silaturahim kita. Kemudian, sikap kita biarkan indah dan sesuai dalam bermasyarakat..tak leh nak penting diri dan sombong. Dan kena ada effort untuk pastikan ikatan ukhuwah sentiasa mekar. tak leh tunggu ia mekar sendiri..kena ada bajanya. APa bajanya? Kenalaa fikir sendiri.. Kat bawah tuh salah satu cntohnya. Haa..dan jangan lupa kena bajai ibadah kita dengan Yang Maha Kuasa tau.Jangan buat2 lupa no~~

Salam mahabbah untuk semua.



Farah yang sangat seronok!!


,
Ille yang order makanan tanpa fikir panjang :P



Taq kusyuk makan

Me & Diyana


Diyana; tak pandang kiri kanan dah.Satu mangkuk licin ditelannya :D

We all together, tanpa Dayah Hamdi & Syah & Kak Zue; diganti oleh Jijah & Dayah Rahim. Diyana Photografer :)
YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,
Perkenankan permintaan ini.Amin..

No comments: