Wednesday, April 30, 2008

Bacaan Sujud Sajadah

سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين

"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".


Sujud Sajadah

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

12 comments:

awangsoh said...

Terima kasih atas keterangan yang diberikan.

Asyraf dr Kedah said...

terima kasih

mas said...

salam..minta izin utk copy utk rujukan.tq

kickTHEheads said...

time kasih kerana m'nyiarkan dlm blog....harap2 dpt mjadi rujukan umat islam masa kini....insyaallah....

ria said...

mekaseh ye..izinkan sy amik doa neyh letak kat wall facebook group family sy ye..mekaseh

fieda said...

tq atas ilmu...mohon share d fb....

Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri said...

terima kasih atas perkongsian. harap doa tersebut diadakan baris supaya lebih tepat utk dibaca...

Anonymous said...

salam. sujud sajadah tu same ke dgn sujud sahwi?

Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri said...

bukan, bacaannya lain. rujuk link ini untuk sujud sahwi http://www.rdhanz.com/2010/01/bacaan-ketika-sujud-tilawah-sujud-sahwi.html

Muhammad Alwi said...

Makasih untuk bagi-bagi ilmu-nya. Keep it up!

Anonymous said...

jazakallah khair...

Anonymous said...

lain..