Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, April 26, 2008

Mengharaplah Kita Kepada Allah





Dari Anas r.a., katanya: "Saya mendengarkan Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Allah Ta'ala berfirman - dalam Hadis Qudsi: "Hai anak Adam - yakni manusia, sesungguhnya engkau itu selama suka berdoa dan mengharapkan kerahmatanKu, maka pastilah Aku memberikan pengampunan padamu atas segala dosa yang ada padamu dan Aku tidak peduli - betapa banyaknya.

Hai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu telah mencapai setinggi langit - karena sangat banyaknya, kemudian engkau memohonkan pengampunan padaKu, pasti Aku mengampuninya.

Hai anak Adam, andaikata engkau datang padaku dengan membawa kesalahan hampir sepenuh bumi, kemudian engkau menemui Aku, asalkan engkau tidak menyekutukan sesuatu denganKu, pastilah Aku akan mendatangimu dengan membawa pengampunan hampir sepenuh bumi itu pula."



*Subhanallah. .Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat..rasa rendahnya diri yang selalu melakukan dosa..sebanyak mana pon dosa maksiat yang kita lakukan..Allah swt masih akan menerima ampunan kita. Jadi, jangan laa kita sia-siakan peluang ini. Wahai sahabat perjuangan, saling memperingati dan berilah semangat sesama kita untuk sama-sama mengejar rahmat tuhan~~



Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:

"Allah Azzawajalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu. Demi Allah, niscayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara engkau semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.

Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas. " (Muttafaq 'alaih)



*Bila kita terasa jauh dari rahmat Allah..di manakah silapnya? Allah kah yang meninggalkan kita? Atau kita yang melarikan diri jauh daripada mengingati Allah?Hmm..

Untuk adik-adik usrahku, Selamat berusaha dalam Membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir..ingatlah bahawa usaha yang dihamparkan bukanlah penentu kejayaan kita di akhir nanti..kerana sesungguhnya Allah swt telah menuliskan susur jalur perjalanan hidup kita sejak di Luh Manfuz lagi. Berharaplah kepada Allah agar Dia memberkati urusan kita dan memberikan yang terbaik buat kita. Bersyukurlah kamu kepada Allah atas sebrang rezeki yang ditentukan walaupun ia tidak menepati apa yang kamu impikan..dan bersabarlah kamu atas ujian-ujian yang Allah swt sediakan. Ingatlah sesungguhnya ujian itu merupakan hadiah kepadamu drpd KekasihMu..Ia tanda peringatanNya kepadamu..maka balaslah hadiah itu dengan ingatan yang seumpamanya..malah lebih banyak lagi.
All d Best..N luv U all~~

(sumber; Kitab Riyadussalihin Taman Orang2 Soleh, Imam Nawawi)

Wednesday, April 23, 2008

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
" Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. "
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
" Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237